Iklan

Isnin, April 29, 2013

MUFFIN COKLAT - MUDAH DAN LAZAT

Assalamualaikum.

Memenuhi kehendak anak bucuk sorang ni .... yang teringin makan muffin coklat.  Maklumlah cuti hujung  minggu, bila tak keluar rumah ... mulalah  mereka-reka citarasa masing-masing.

Menyelak-nyelak resipi-resipi terkumpul yang belum pernah dicuba.  Satu syarat utama pencarian  resipi ni, mestilah .... MUDAH DAN LAZAT.  (cuba dulu baru tau kan!)

Maka resepi pilihan kali ini,  sumbangan  Yani dari MRC .  Walaupun dah lama Yani menyiarkan dimaya, tapi baru kali ini saya mencubanya.

HASILNYA, maffin ni memang SEDAPPPPP ... dan memang MUDAHHHHH penyediaanya.  Permintaan amat menggalakkan..... hingga hari ini terpaksa mengadun semula untuk yang kedua kalinya.  TQVM pada  Yani di myresipi.com




MUFFIN COKLAT 

Resipi asal: yani@myresipi.com    Disalin olah: syimama.blogspot.com


Bahan-bahannya  (10 biji)

  • 200 gm coklat masakan 
  • 70 gm mentega
  • 60 gm tepung gandum
  • 50 gm gula halus (saya guna 40gm sahaja)
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • coklat chip secukupnya (tambahan, jika suka)


Cara-caranya.
  1. Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double boiler' - racik dulu supaya mudah cair.
  2. Masukkan mentega, kacau hingga cair dan ketepikan.
  3. Panaskan oven - suhu 170C.
  4. Pukul telur dan gula dalam mangkok lain hingga sebati (tak perlu kembang pun)
  5. Tuang telur dalam mangkok coklat, gaul rata.
  6. Ayak tepung bersama baking powder ke dalam mangkok coklat. Gaul sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam cawan muffin 1/2 penuh atau 60% penuh. (Saya taburkan coklat chip di atasnya, atas permintaan)
  8. Bakar selama lebih kurang 20-25 minit (bergantung pada oven kita).
  9. Muffin masak .... waktu panas agak lembut sedikit sebab guna sedikit tepung, tetapi jangan risau... bila dah sejuk maffin memang OK.



Selamat mencuba .... memang berbaloi-baloi.  




1 ulasan:

kim berkata...

saya kalau nak buat muffin, beli tepung yang dah siap tu je.tinggal bancuh...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...