Iklan

Jumaat, Oktober 19, 2012

ALIF BERTUNANG

Rasa macam belum lama tengok dak Alif ni dengan pakaian sekolah.  Kemudian hilang dari pandangan bila dia ke asrama. Lepas SPM terus ke Jerman dan terus tenggelam dari pandangan.  Sesekali balik tu belum tentu dapat jumpa.

Walaupun bukan anak sendiri atau anak sedara dan hanya anak jiran, tapi bila dah hari-hari jumpa tentu terasa-rasa juga.  Maklumlah sekian lama anak-anak ku membesar bersama di rumahnya - dari baby sampai ke sekolah rendah,.  Alif ni senior pada anak-anak teruna ku, tapi pernah mendokong dan mendodoi hinggalah menjadi teman sepermainan, sesekolah, setuisyen dan macam-macam se...........

Tiba-tiba......... kali ni Alif balik untuk urusan pertunangan.  Hai .... dah dewasa rupanya dak Alif ni.  Tentu mak Alif pun lebih terasa kan. Apa tidaknya, aritu waktu jumpa Alif, mak Alif suruh Alif salam dengan Cik Syima dan Ustazah. Lawak antarabangsa mak Alif tu, mesti dia masih terasa-rasa Alif ni kanak-kanak lagi. Ustazah pun ketawa besar dek kalut mak Alif.

Apa pun sebagai tanda ingatan dan besar hati pada Alif sekeluarga, Cik Syima nak abadikan kenangan indah sepanjang majlis pertunangan Alif dan Wawa.  Semoga jodoh berkekalan dan terus berbahagia.

Tahniah buat Abang Aziz dan Kak Nisma ... bakal bertambah ahli keluarga. 

Tahniah buat Alif dan Wawa .. darah manis tu, baik2 jaga diri, maklumlah  sorang di Jerman dan sorang lagi dah di Malaysia 

Para dayang-dayang dah bersiap sedia mengiring.
(Kak Liza, Ustz Izan, Kak Nisma, Me, Kak Nor dan Kak Esah)

Apahal semua melopong......terperanjat beruk nampak.

 Majlis suaikenal dengan tuan rumah - atuk Wawa yang peramah tu :D

 Senyum mak esah penuh makna

 Hantaran pihak lelaki tanda pinangan bermula.

Hantaran pihak perempuan ... tanda pinangan diterima.

Acara menyarung cincin

 Majlis selesai .... beramah mesra pula

Masa menjamu selera

Alhamdulillah .. majlis dah selesai, perut pun dah kenyang.

Ok ... nanti lain kali kita sambung lagi dengan paparan HANTARAN pula ya.









2 ulasan:

azlina wahidina berkata...

assalamualaikum...
sekejap je masa berlalu kan...tahu2 anak kita dh besar kita pun semakin menginjak usia..

Khairul Abdullah berkata...

Alif tinggal kat jerman kat mana kak? macam pernah tengok jer muka dia. Saya selalu jugak jumpa student kat sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...