Berblog kerana minat - mengisi masa terluang, menulis, membaca, menambah ilmu dan bertukar2 idea sesama e-sahabat. Baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kepada yang menyokong, memberi dan menerima.
Jumaat, Mac 09, 2012
BAGAIMANA TIDAK MUDAH DIGODA WAJAH YANG CANTIK?
Kita kadang-kadang berasa begitu naif ... rasa begitu rendah diri bila merasakan diri tidak secantik dan sebijak kengkawan kerana kita tidak terpilih menjadi "makwe idaman jejaka" sebagaimana mereka... (kisah dulu-dulu , zaman muda le tu.....)
Sebenarnya kadang-kadang kita terlupa pada kekuasaan Yang Maha Esa. Dia yang lebih mengetahui apa yang diciptakan dan dikehendakinya.
Buktinya .... apabila jodoh kita mendahului kengkawan, orang sibuk lagi belajar..... awak dah kahwin. Itulah salah satu tanda kebesaran Yang Maha Esa. JODOH, PERTEMUAN, AJAL segalanya urusanNya. Usah ditanya bagaimana dan kenapa.... kerana itu bukan kuasa kita. Untuk kita hanyalah BERDOA, BERUSAHA DAN BERTAWAKKAL.
Oh ya.. sebenarnya saya nak beritahu kengkawan tentang apa yang sy baca hari ini .... tulisan anak muda yang memberi pandangannya, pengalaman dan tip-tip membuat pertahanan diri dari godaan persekitaran.
Ianya juga amat sesuai dibaca oleh anak-anakku yang sedang atau bakal menempuh gelombang kedewasaan.
SILALAH BACA LINK DI BAWAH :
Bagaimana tidak mudah digoda wajah yang cantik?
Sebenarnya terjumpa blog |SP waktu sibuk mencari cerita kehidupan di Jepun .. untuk dijadikan panduan pada anak yang akan ke Jepun.
Terima kasih kepada Sang Pelangi, sedikit sebanyak ceritanya memberi gambaran dan tatacara kehidupan di Jepun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam Syimama,
Hidup ini memang penuh godaankan. jadi bijaklah memilih dan menjalani hidup.
Catat Ulasan