Ramadhan hampir tiba kepenghujungnya. Terasa macam baru Ramadhan datang rupanya Ramadhan hampir berlalu pergi. Mungkin kerana begitu nikmat hidup di dunia hingga terasa semuanya begitu cepat berlalu ataupun diri yang semakin senior, menyebabkan sering lali dan kurang merasa apa-apa perkara yang terjadi.
Hari ini, sy menerima kunjungan sahabat lama. Sahabat dari zaman mula berkhidmat, dari zaman anak dara hinggalah kini kami telah menjadi mak dara. Sekian lama tidak bertemu dengannya setelah dia memilih untuk menamatkan perkhidmatan dan memilih menjadi suri rumahtangga sepenuh masa disamping sibuk menemani suami tercinta.
'SELAMAT DATANG SAHABATKU KE PEJABAT BARU KAMI, LIHATLAH PERUBAHAN PEJABAT LAMA KITA DULU.. SEGALANYA TELAH BERUBAH, SEBAGAIMANA KITA JUGA YANG TELAH BERUBAH...APAPUN, INSYAALLAH ... SEGALANYA PERUBAHAN YANG POSITIF".
Sahabatku kini telah bergelar "Datin". datang bersama anak ke tiganya ............ wah, sudah besar dan hansem lagi. Bertemu dikala dulu, masih kecil ........ kini dah besar panjang. Begitu cepat masa berlalu, anak-anak jadi kayu pengukur jarak masa.
Lama tidak bertemu, pelbagai cerita dibualkan, tak cukup masa rasanya nak diceritakan semua .......... "maaf ya Ju, layan dengan sembang je, air kosong pun tak mampu nak hidang. Almaklum 'BULAN
PUASA".
Tidak lupa bingkisan hari raya untuk kami dari Datin Ju.
Terima kasih daun keladi ... ehem-eham... lain kali datang lagi.
Alhamdulillah .. Selain dari itu hari ini juga sy mendapat bingkisan kuih raya dari adinda tercinta .... nun jauh disana .. tempat tinggalnya di Keramat Au3.. macamlah jauh sangatkan! Yang sukanya tu ... sebab bungkusannya yang 'kiut miut, comel lote' menawan hati.
Kuih gunting buatan tangan adindaku Azizah
TQ... lain kali kirim lagi.
Selamat majujaya buat adindaku, moga bisnesmu terus berkembang.
(khabarnya tempahan dibuka sepanjang masa.... tengoklah labelnya)
3 ulasan:
Assalamualaikum syimama,
Selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk syimama sekeluarga.
Murah rezeki dalam bulan Ramadhan ni yer.
Waalaikum salam kak. Alhamdulillah.
Ucapan juga untuk akak sekeluarga;
'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN' semoga kita semua selamat sejahtera dan berkekalan persahabatan.
Selamat MENYAMBUT HARI RAYA..!!!!!semoga berbahagia dan ceria bersama keluarga tercinta...
Catat Ulasan