Iklan

Isnin, Jun 20, 2011

TAYAR PANCIT

Kebelakangan ni tayar kereta sebelah belakang pemandu tu asyik meragam ...  kurang angin je... dah ngadu kat chek Abe, tapi  dia kata kedudukan parking senget, sebab tu nampak kurang angin.  Tapi hati ni tetap kata kurang angin.  Untuk langkah keselamatan... malam tadi suruh anak pam tayar.

Petang tadi, jam 4.30 petang waktu nak balik.. HU HU HU, tengok tayar angin dah kurang lagi.  Ya Allah, perkara ni memang buat saya cemas.  Mana tidaknya, 27km nak sampai ke rumah,
Langkah pertama pergi bengkel bas kat balai pemandu untuk pam tayar ... sampai sana pengawal kata makenik dah balik. Adus.

tayar keretaku pancit ... 'adus, fining i'

Ok,kita kena pergi  pam angin kat stesyen minyak.  Pam tayar... alamak, apa hal ni? makin dipam, makin hilang pula angin....tayar  terus melepek tak berangin.  Macamana ni???... nak tukar tayar sendiri rasa tak pandai / tak kuat....dah bertahun bawa kereta tapi tak pernah buat kerja tukar tayar ni. Kena cari pertolongan ... nampak pembantu stesyen minyak 'abang bangla'.  "boleh tolong tukar tayar kereta saya?"  dalam hati berdetik "rasanya dia tak tau" ... "sorry saya tak pandai, kita pam angin je lah" ... betul rupanya telahan saya tadi.

Tiba-tiba nampak sorang anak muda sedang isi minyak motor, terus tanya.
"Dik, boleh tolong tukar tayar tak?" dengan pantas adik tu datang membantu.
"Saya pernah tolong ayah tukar tayar, tapi tak taulah boleh ke tidak...saya cuba".  Berpeluh-peluh dia membuatnya... rasanya kalau saya buat sendiri, tak taulah daya atau tidak saya nak membuka tayar tu, nak angkat tayar dari bonet lagi .... rasanya sakit2 tangannya memutar jak dan skru tayar tu.

Dalam pada tu sempat cerita2 sedikit. "Adik ni belajar lagi atau dah kerja?"
"Sebenarnya saya baru lepas SPM, nak sambung belajar tak dapat...saya ingat nak cari kerja. Sekarang ni kerja hantar adik pergi sekolah". Bagusnya dia, membantu ibubapa dan adik. Orangnya tinggi dan kurus seperti anak ke4 saya yang berada di tingkatan 4.  Agaknya kalau saya suruh anak saya tukar tayar macam ni, boleh ke dia buat....semoga boleh juga.

kerja menukar tayar 'spare' dah selesai .. boleh pandu pulang.

Jam 5.10 petang, kerja tukar tayar dah selesai ... kelam kabut adik ni mengemaskan dan membasuh tangan.  Saya bertanya berapa upah patut saya beri.... maklumlah saya pun tidak tahu berapa upah yang berpatutan. Tapi adik ni menolak upah .... "tak payah upah, saya tolong je".  "Oklah, macamnilah ... ambil duit ni, kira bukan upah tapi untuk belanja minum dan untuk isi minyak motor balik, jangan tolak2 ya".  Oleh kerana dah petang dan saya  mengucapkan ribuan terima kasih dan masing2  terus berlalu.  Bila saya toleh belakang, adik tadi dah hilang dari pandangan .... mungkin dia pun nak cepat balik, semoga ibubapanya tidak marah kerana dia lewat sampai  ke rumah.

Alhamdulillah, walaupun kesusahan...tetapi saya masih dipermudahkan mendapat pertolongan. Dipermudahkan perjalanan .. kerana petang ini jalan tidak sesak sebagaimana selalunya.  Alhamdulillah!

KEPADA ADIK BUDIMAN
"RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN.  SEMOGA ALLAH MEMBALAS DENGAN SEGALA KEBAIKAN UNTUK MU.  DIPERMUDAHKAN  MENYAMBUNG PELAJARAN DAN  BEKERJA.  JADI ANAK SOLEH YANG BERJAYA CEMERLANG DUNIA AKHIRAT".


** maaf ... kerana kalut hingga terlupa bertanyakan namanya.



"

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Syimama,

Ikhlas cakap, kita naik kereta ni, orang motor nilah yang selalu kita lupakan.

Tapi orang motor nilah yang selalu menolong pemandu perempuan bila tayar pancet.

Kawan saya dulu di Federal Highway, tayar di pancet. Masa tu orang plus pun tak lalu. Tak ada sorang pun orang kereta nak berhenti, tolong. Akhirnya dia menangis ditepi kereta sehingga sorang budak motor tanya. Akhirnya budak motor tulah yang tolong tukarkan tayarnya.

Syimama berkata...

waalaikumsalam kak. Yalah kak, inilah kelemahan kita. Tapi cerita akak buat saya terkenang cerita seorang pengetua sekolah. Hari tu dia keluar awal, dia tengok murid2 nakal ni dah keluar sekolah awal. dalam hati memang marah sebab murid2 poteng kelas.

Tah camna kereta dia masuk longkang/lubang. Takde apa dia boleh buat. Tiba2 datang anak2 nakal ni ... "Puan kenapa ni, mari kami tolong". ramai angkat kereta cikgu dengan mesra. Rupanya mereka ni begitu prihatin dan tidak berkira tenaga ....renungan bersama.

azlina berkata...

assalamualaikum syimama...

alhamdulilah adik tu perantara pertolongan dari Allah syukur Allah permudahkan segalanya...

walaupun adik tu tak pernah menukar tayar hanya pernah melihat ayahnya melakukan...namun dia dpt melakukan dgn baik...
subanallah...seseungguhnya dia maha mengetahui ats segala setiap sesuatu itu..

Syimama berkata...

wkmsalam ina..begitulah kebesarannya, ada hikmah disebaliknya yang tidak kita ketahui.

Balik terus singgah kedai tayar - tukar baru, sebenarnya tayar dah patut tukar, tapi asyik tangguh2 dgn alasan2. Abe kata, alhamdulillah selamat, hanya sedikit ujian.

Sharifah Nadzarah berkata...

SY PUN X PANDAI NAK TUKAR TAYAR...WALAUPUN DAH 15 TAHUN ADA LESEN..TAKOOTT JUGAK EKK..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...