Sejak 2 menjak ni, minat dan perhatian ku terhadap blog kuih muih ni naik mendadak. Semenjak terlihat blog En Mat Gebu N Geng membuat semangat ku menggebu-gebu.
Roti dan kek memang kegemaran. Bila tengok gambar roti-roti tu... aduh, rasa sekarang gak nak buat.
Semangat punya pasal, minggu lepas aku ke kedai borong bahan kek... apa lagi memborong la...
Waaa... RAT juga habis, macam nak bisnes lak.
Langkah pertama
Roti Boy jadi idaman... resipi pertama
Alamak .. topping jadi, roti keras
Langkah kedua
Masih Roti Boy.. dengan resipi kedua
Roti ok... topping lak kong.
Langkah ketiga
Buat Roti Pau... uli punya uli dan inilah hasilnya.
siap uli
selepas 45 minit
Kemudian operasi membuat pau bermula ... bulat2kan dan isi ini kacang merah buatan sendiri .. (first time wat inti kacang ni).. setelah siap semua, rehatkan dan bersedia untuk proses mengukus.
Tapi malang menimpa... siap sedia pengukus. HA? gas habis!
Aduh, apa nak buat ni.. nak tunggu gas datang takde masa sebab abe ajak keluar. Satu2nya cara yang ada "BAKAR". Jadilah roti pau bakar (jadi macam roti) tapi tak berapa kembang.
Sorry... gambar takde, tak sempat amik.
Ambik resipi tak minta dengan tuan blog kot... alamak, minta halal tuan guru.
Nampaknya kena berguru gak nak pandai ni..
Tungguuuu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan