Iklan

Ahad, Februari 12, 2012

TASIK KENYIR - AKTIVITI

Tasik Kenyir?

Biar betul kali ni office nak buat aktiviti di Tasik Kenyir. Terengganu...jauh tu, dalam hutan...hi takut, gi tasik dalam..adus ngeri. Macam-macam persepsi timbul.  Rasa teruja ada juga.

Tapi bila difikirkan semula ... apa salahnya kita cuba dulu, mana tahu menyeronokkan... bertukar angin dan suasana.  Lagipun tempat camni bukan senang nak pergi, nak pergi sendiri.... rasanya "lambat le lagi".

Tiba hari yang dijanjikan, sabtu 4 februari 2012 kami berangkat ke Tasik Kenyir.  Staf dibenarkan membawa keluarga ... so, ramai le jadinya hampir 70 orang semuanya.  Oleh kerana jauh, maka semua keluarga memilih menaiki bas, 2 buah bas dan hanya sekeluarga menaiki  kereta.

Kami bertolak jam 8 pagi.  Aku sekeluarga menaiki bas B.  Baru sampai sekerat jalan, dapat panggilan dari bas A, bas bermasalah, sukar naik bukit. ...sedangkan bas B telah jauh di depan.   Oleh kerana kita pergi bersama, susah senang kenalah tanggung bersama. Bas kami berhenti di Gambang, bersarapan sambil menunggu bas A.

Bas kami kenalah mengiringi bas A yang kurang sihat....menjelang jam 6.00 petang baru kami sampai di Tasik Kenyir setelah berjalan dengan sabar. Alhamdulillah.

SABTU - 4 FEBRUARI 2012

Perjalanan dengan bas bermula - jam 8:00 pagi



Sampai di Lake Kenyir Resort, Tasik Kenyir - jam 6:00 petang

Baru turun bas, masing2 keletihan .. sedang menunggu buggy.











Untuk menuju ke lobby, kami perlu menaiki kenderaan resort "BUGGY", kerana  jaraknya agak jauh dan keadaan muka bumi yang berbukit bukau.

naik buggy ke menuju ke lobby  











Welcome drink sambil mendengar taklimat dari pihak resort.

10 jam perjalanan, tentunya semua keletihan  "mai secawan"
.

Sampai ke tempat penginapan 



 Merehatkan diri di beranda  sambil menikmati panorama indah  mengadap tasik sambil menunggu malam menjelma.

pemandangan yang indah dan mendamaikan menjelang maghrib

Aktiviti malam ini akan bermula jam 8:00 malam, sama-sama kita nantikan apa agaknya aktivitinya... macam suspen je bunyinya... sebab semuanya masih rahsia.


Sabtu, Januari 28, 2012

KERETA KU SAKIT LAGI

Hujung minggu lalu, cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Kami bercadang untuk bercuti lama di kampung, tapi teringat pula jemputan2 sahabat handai ....

Sabtu (21/1/2012)
- Jemputan Kahwin anak Kak Mek
- Jemputan Kahwin anak Prof Zamri

Ahad (22/1/2012)
- Jemputan Kahwin anak Kak Jah

Isnin (23/1/2012)
- Jemputan Kahwin Nur Hazwani (jauh kat Kelantan-sah tak dapat pergi)
- Jemputan Hi-tea & doa selamat rumah Kak Sah - petang

.... memenuhi jemputan itu satu tuntutan, kenalah dipertimbangkan.
Demi memenuhi undangan, akhirnya kami pun balik kampung  pada petang ahad.  Semalaman je di kampung dan tengahari isnin bertolak ke Sri Andalas Kelang pula untuk memenuhi jemputan  Kak Sah (kakak ipar).

Majlis berakhir 4.30 petang.  Tanpa menunggu waktu asar, kami terus balik kerana hari hujan. Sempat solat di rumah 'kata Abe ku'.  Masuk highway kesas, hujan semakin lebat ... tanpa sedar suasana sunyi, wiper menyapu semakin lemah...

Laaa... baru tersedar, radio dah tak berbunyi lagi, wiper semakin lemah ... semua lampu dah mati.  Sesekali kereta terenjut-enjut....eh, kenapa ni?

Sampai tol Subang .. 'touch n go'.. buka gate... tapi kereta terus diam, tak mau 'go' dah .... mati terus. Apa lagi kena tolak ke tepi le ramai-ramai.

OH, KERETA KU SAKIT LAGI RUPANYA ....
DAH 3 KALI KAU BUAT KAMI BEGINI.
MUNGKINKAH KERANA KAU DAH PENAT
KERANA KAMI BERAT SANGAT (7 ORG)
ATAUPUN KERANA KAU SUDAH TUA

APAPUN............
NANTI KITA PERGI KLINIK YA!
JUMPA DOKTOR, CARI UBAT
SUDAH TENTU RM SEBAGAI PENAWARNYA

SEMOGA KAU SIHAT WAHAI  KERETA KU
KERANA KAMI MASIH MEMERLUKAN MU ..


Dalam pada duka, kami masih bernasib baik, KERANA:
- ada 3 teruna dalam kereta, boleh tolak kereta
- mati kat tol, senang dpt pertolongan
- jalan tak busy kerana cuti raya cina
- menyimpan no. tel. kurnia insuran
- towing kurnia cepat sampai - tarik free
- adik lalu jalan yang sama, dapat kami menumpang balik ke rumah segera, sempat solat asar walaupun dipenghujung waktu.

ALHAMDULILLAH .

Oh..Y U?... Y Me? .. oh my car

Tersadai ditepian ... tol.

Tersengih-sengih ...penat jadi badang petang ni

Bantuan dah sampai ... sukanya.

Wah..bukan main gembiranya dia ... over la pulak, siap joget2, tak malunya dia.

 
Terima kasih la ya ... kerana menyelamatkan kami yang tengah terkapai-kapai ditepi highway.

Penghargaan dari kami buat para penyelamat:
- En Aznan n Pn Aisyah serta anak2
- Squad tol Kesas
- Squad tunda insuran Kurnia



Ahad, Januari 01, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

ASSALAMUALAIKUM 

SELAMAT TAHUN BARU 2012 

HARI PERTAMA HAMPIR BERLALU BEBERAPA MINIT LAGI

BARU BERKESEMPATAN MEMBERI SALAM UNTUK KALI PERTAMA DI TAHUN BARU INI.

SEMOGA SEGALANYA SELAMAT SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT.

AMIN.

Selasa, Disember 27, 2011

CAMERON HIGHLANDS - TAMAN AGRO MARDI (PART 6)

Cerita bersambung lagi.............

Dah puas di pasar pagi Brincang kami balik apt. terus ke Taman Agro Mardi.  
Ronda2 di Agro Mardi bermula.

Ros

Ros lagi

Pemerhati


Taman Arnab

Buat apa tu Mat?

 
Bunga cantik ... tak tau nama.



Taman2 indah



Pokok Anggur

Pokok Pear

  Pokok Strawberry

Taman  Strawberry

Tomato .. geramnya

Ini pokok jagung ...Arif kata first time jumpa... he3, cian dia.


Ma.. ini ke pokok kacang.

Abah geram tengok salat ... macam rumpi laut.

Best betul tengok buah labu air ni.


Hai .. nak petik ke?

Pokok asparagus

Besarnya cili ni.

Ha.. kita nak ke mana lagi?

Dah jadi pemetik daun teh la pulak...nak proses sendiri ke?

Hai mat ... dapat bunga ke...inilah bunga kembang pagi.  Kejab lagi lentok bunga tu.

Kilang teh

Kuat kerja nampak ... dah sampai atas.

Akhirnya... setelah penat ...berehat sebentar di kaki bukit di ladang teh Mardi.
Balik apt. kat belakang tu .... rehat2, lepas solat zohor, kita  balik KL.

Lain kali, panjang umur .... murah rezeki, kita datang lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...