Berblog kerana minat - mengisi masa terluang, menulis, membaca, menambah ilmu dan bertukar2 idea sesama e-sahabat. Baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kepada yang menyokong, memberi dan menerima.
Khamis, Jun 05, 2014
Jumaat, April 18, 2014
REUNION 17@80 Ex-SUA
Assalamualaikum sahabat maya ku.
Reunion ... tengok tajuk tu. Boleh teka tak berapa lama kami dah berkawan / tak jumpa. Pertemuan bagi kami yang berusia 17 tahun pada 1980 di SUA (SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor).
Setelah dipersetujui bersama .. tarikh 12 April 2014 menjadi detik sejarah "pertemuan semula". Atas kesungguhan yang amat berusaha pengelola majlis Dr Norsaleha dan yang mulia tuan rumah Pn Siti Jaharah, maka terlaksanalah majlis tersebut.
Diantara kami ada yang langsung tidak pernah bertemu, sejak keluar dari sekolah. Bermakna tidak bertemu selama 34 tahun. Dulu kami 17 tahun, kini kami semua dahpun ... sendiri kiralah.... tapi bila bertemu umpama kembali ke zaman itu.

Antara kami yang hadir di majlis tersebut, tapi masih ada beberapa orang yang tertinggal kerana hadir lewat.
Sesi menyambut tetamu.
Tuan rumah budiman ... persilakan masuk, jamah hidangan.
Beramah mesra sambil menjamu selera.
Hebatnya kaum adam bersembang dengan kawan lama.
Macam-macam ragam...
Yang mengambil kesempatanpun ada ... menyambut hari lahir
Mencari geng sealiran
Murid-murid ... beratur, tangan atas bahu, pandang belakang.......senyum!
Cam dak lenjeh je... macam je, tapi takpun.
Yang ni geng lain pula...sanggup sembang tengah panas. . Carilah tempat teduh kok iapun nak sembang.
Yang lawaknya ... ada sorang tu, teruja sangat jumpa kawan sampai lupa tutup enjin kereta....he3, siapa dia tu?
Sibuk bersembang, sibuk bergambar, sampaikan hidangan yang lazat-lazat kurang mendapat perhatian. Apapun hidangan yang disediakan memang mantap... hinggakan ada yang terkilan tak sempat makan.
Tapi tapau pun sempat juga.
Terima kasih pada tuan rumah dan kawan-kawan yang menyumbang, yang hadir dan tidak hadir.
Hiiiii... Charle's Angle SUA '80 ... perasan tak sudah.
Semangat setia kawan tetap diteruskan. Semoga pertemuan ini bukan yang terakhir. Harap semua sihat, panjang umur dan murah rezeki agar dapat bertemu lagi.
Ahad, Mac 16, 2014
ZIARAH @ REUNION X'SUA 80
Assalamualaikum sahabat maya... lama tidak bertemu.
Hari ini mengisahkan pertemuan semula 8 orang sahabat lama yang telah terpisah selama 33 tahun. Kami 8 orang merupakan X'SUA... Lutfi, Zara, Nor, Yati, Yah, Dija, Sma, Sal dan turut sama isteri Lutfi (Zawiyah).
.
Pertemuan pertama kali dengan Yati, Sal & Zara.
Pertemuan kedua dengan Lutfi, Nor & Dija.
Hanya Yah je yang dah berkali-kali bertemu.
Pertemuan diatur di Hospital Selayang sambil menziarahi Lutfi yang sedang sakit dan mendapatkan rawatan di sana. Riuh rendah wad 7A, di katil Lutfi petang tu (Sabtu 15/3/2014) dengan sembang kami yang macam bertih goreng ... Nasib baik wad kosong ketika tu, jika tidak ada yang kena piat telinga.
Kesian Lutfi... terpaksa menahan sakit untuk ketawa dek sembang kami. Walaupun rakan sebaya ni dah 5 series tapi bila dah jumpa terasa masih macam dulu ... sesekali cerita simanis 17 timbul kembali.
Apapun kami sentiasa mendoakan Lutfi dan keluarga sentiasa sabar, tabah dan ingat kepada Allah selalu. Semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti semula.

Sebelum berpisah ... sempat lagi kami posing di lobi hospital.
* R'imah, Zara dan Yati datang bersama suami.
* Nor, Dija, Sal dan Sma - kami berkongsi kereta ...
"kisah lucu kita tak kan ku lupa ... ranjau duri perjalanan tempuh bersama"
he3... LUCU :D
Khamis, Januari 02, 2014
SELAMAT TAHUN BARU 2014
Assalamualaikum e-sahabat.
Alhamdulillah .. bertemu kembali di tahun baru 2014. Setelah sekian lama tidak turun ke SP di maya... hari ini sedaya upaya menyempatkan diri hadir ke maya, khusus untuk menikmati tahun baru 2014.
Semoga tahun 2014 dan tahun-tahun akan datang jauh lebih baik dan lebih cemerlang dari tahun-tahun yang telah berlalu. Semoga Allah kurniakan segala rahmat dan nikmat serta keberkatan untuk hari-hari mendatang, disamping kebijaksanaan dan kekuatan semoga kita semua beroleh kejayaan cemerlang dunia akhirat.
Pagi harmoni ... tetiba disambut dengan suasana begini... perkara biasa je.
Isnin, Ogos 05, 2013
PENGHUJUNG RAMADHAN 1434H
Assalamualaikum.
Bulan Ramadhan terbahagia kepada 3:
1) 10 hari pertama - Rahmat Allah (beribadah sebaik mungkin mendapakan rahmat Allah)
2) 10 hari pertengahan - Keampunan Allah (dari rahmatnya, kita berusaha untuk mendapatkan keampunan Allah)
3) 10 hari terakhir - Balasan Syurga (setelah mendapat rahmat dan keampunan, bertungkus lumus pula berusaha mendapatkan balasan Syurga Allah) Di sini 2 bonus yang Allah janjikan:
"Lailatul Qadar" - bagi insan berjaya dan terpilih.
"Raya 1 Syawal" - bagi meraikan kejayaan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Dalam kita berpuasa dan memenuhi tuntutan tersebut, persediaan Syawal juga tidak dilupakan ... agar dapat meraikan dengan kejayaan dengan kegembiraan.
Tahun ni .... saya dapat menahan diri dari godaan kuih dan biskut-biskut raya dipasaran. Dengan penuh azam dan semangat yang jitu saya akan membuatnya sendiri. Kebetulan bala tentera semua ada dirumah, kalau tak dapat 5 orang membantu ..... sorang pun jadilah, tak kan mereka tak kesian kat "oma" yang bertungkus lumus nak membiskut ni. Apa pun kena kuat semangat. Semangat-semangat-semangat!
Semalam cuti sabtu ahad berjaya mulunaskan 4 jenis kuih ...
1. Coklat Chip ala-ala Famous Amos
"D' MUDAH, D' MUAI, D' SEDAP" - Membuat biskut ni memang tak sia-sia, memenuhi citarasa saya .. cuma rupanya mungkin tak seindah saudara-saudari ku yang "pro" gitu.
2. German Cookies
"D' MUDAH, D' MUAI, D' SEDAP" - dan yang paling bestnya D' SEMPOI' ... Memang berbaloi-balai, ni kira dah percubaan ke dua (tahun lepas dah cuba buat).
Arif sorang je dah abiskan 1/4 bokeh malam tadi .... hamboi, mentang-mentang dia dah tolong gentel.
3. Sarang Semut
"D' SEDAP, D' MUAI, D' PRO, D' KENALI" - Yang ini memang dah terkenal di rumah Pn Syimama ... biskut "mesti ada" setiap tahun. Konon kata "pro" lah. Dek kerana mengaku pro, sampaikan resepi turun temurun tak dijumpai, terpaksalah mengendeng resepi di blog Chef Hanieliza. Apapun TQVM Chef.
4. Krunchy Karemel
"D' LAZAT, D' CRUNCY, D'MAHE" Yey... tak sangka, saya pun pandai buat dia. Selalu beli je ... kini buat sendiri. Memang puas hati. TQVM Aznita masam manis atas perkongsian.
Membuatnya semudah "A,B,C" .... tapi beli bahannya je yang .... "X,Y,Z" .. agak 'mahe' sikit le.
Yang dua di bawah ni belum lagi berkesempatan (dalam senarai tunggusedia). Sabar. Insyaallah esok bolehlah buat... kalau sempat, jika tidakpun tak apa ... cukuplah apa yang ada.
5. Konfleks Coklat
Biskut "mesti ada" juga setiap tahun.
6. Semperit / Dahlia
Biskut ni tak pernah buat, tiap tahun kata nak buat, tapi asyik ter skip je.. harapan tahun ini tidak begitu.
Untuk resepinya .... nanti-nanti dah tenang, lepas-lepas raya insyaallah akan dipaparkan. Untuk tatapan kengkawan dan juga untuk diri sendiri supaya tak hilang macam resepi sarang semut ku tu... nanti kita cari lagi, sampai jumpa. Bukan apa, anak-anak nak juga resepi lama tu ... katanya yang baru ni sedap juga, tapi yang lama tu lain sikit rasanya ... suka hati kau lah anak). Doakan dapat jumpa resepi lama tu ya.
Wassalam.

bulat cam guli ... kemudian tekan dengan garpu yang dicelup air.
Bakar selama 15 minit dengan suhu 160'C
3. Sarang Semut
"D' SEDAP, D' MUAI, D' PRO, D' KENALI" - Yang ini memang dah terkenal di rumah Pn Syimama ... biskut "mesti ada" setiap tahun. Konon kata "pro" lah. Dek kerana mengaku pro, sampaikan resepi turun temurun tak dijumpai, terpaksalah mengendeng resepi di blog Chef Hanieliza. Apapun TQVM Chef.
Ha... ni akibat mengaku "pro" kan dah dapat .... terlajak pro.
1 tray masuk tong sampah.
4. Krunchy Karemel
"D' LAZAT, D' CRUNCY, D'MAHE" Yey... tak sangka, saya pun pandai buat dia. Selalu beli je ... kini buat sendiri. Memang puas hati. TQVM Aznita masam manis atas perkongsian.
Membuatnya semudah "A,B,C" .... tapi beli bahannya je yang .... "X,Y,Z" .. agak 'mahe' sikit le.
Sepatutnya bahan karemel tu "TEPUNG FLORENTA" yang berharga RM18/= je,
tapi dah habis stok.. so tuan kedai tu syorkan ambil dari jenama lain "BIENETTA" harga RM28/=, katanya lebih sedap dan timbangnya lebih berat (boleh buat lebih lagi) .... itu sebab jadi bertambah mahal. Tapi oleh kerana semangat dah melonjak-lonjak... tak kira, ambik jugak.
Malam tadi dah rasa, memang sedap ... tapi tak tau sejauh mana beza sedapnya .. "cam sana je". Kena ada ke 2 jenis baru boleh buat bandingan.
Yang dua di bawah ni belum lagi berkesempatan (dalam senarai tunggusedia). Sabar. Insyaallah esok bolehlah buat... kalau sempat, jika tidakpun tak apa ... cukuplah apa yang ada.
5. Konfleks Coklat
Biskut "mesti ada" juga setiap tahun.
6. Semperit / Dahlia
Biskut ni tak pernah buat, tiap tahun kata nak buat, tapi asyik ter skip je.. harapan tahun ini tidak begitu.
Untuk resepinya .... nanti-nanti dah tenang, lepas-lepas raya insyaallah akan dipaparkan. Untuk tatapan kengkawan dan juga untuk diri sendiri supaya tak hilang macam resepi sarang semut ku tu... nanti kita cari lagi, sampai jumpa. Bukan apa, anak-anak nak juga resepi lama tu ... katanya yang baru ni sedap juga, tapi yang lama tu lain sikit rasanya ... suka hati kau lah anak). Doakan dapat jumpa resepi lama tu ya.
Wassalam.
Rabu, Julai 10, 2013
SALAM RAMADHAN 2013 / 1434 H
Assalamualaikum wb wt.
Salam Ramadhan.
Salam ukhuwah dan selamat beribadah.
Mohon maaf atas segala khilaf.
Semoga rahmat, nikmat, keberkatan, kejayaan serta kasih sayang Allah SWT sentiasa bersama kita.
Amin ya rabbal alamin.
Jumaat, Jun 21, 2013
BENDANG ERA TERKINI
Assalamualaikum.
Lama tidak bercerita ceriti ... apakan daya, bersua kita sekali sekala moga tidak lupa.
Sekadar ingin menyiarkan perkara baru yang dialami. Seperti biasa balik kampung. Sekali balik musim padi hijau, balik lagi padi dah kuning dan kali ni balik...........
Hingga bertemu lagi dilain siaran .... Wassalam.

Wow! suasana yang berbeza.
Belum pernah menyaksikan suasana begini.
seperti berada di luar negara... gamaknya.
Suasana lepas musim menuai yang terkini.
Pemandangan biasa sebelum ini............selepas musim menuai.
Jentera penggulung jerami ... Teknologi baru ... menambah pendapatan petani
Masih ada lagi "daun niyor melambai" .... jika tidak tentu sudah hilang identiti bendang kita.
Hingga bertemu lagi dilain siaran .... Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)