Iklan

Sabtu, Februari 12, 2011

SAMBUTAN HARI KEKASIH SALAH DI SISI ISLAM


Peringatan bersama:   Khusus kepada yang belum tahu.

Petikan dari : Amal Jariah Ku


Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. 

KEBUN SAYURAN



Siapa kata tinggal di bandar tidak boleh berkebun sayur...
Buktinya... lihatlah gambar tanaman di bawah.  Ya... timun.

Pokok timun ini di tanam dilaman rumah jiran kami.  Kalau dilihat cara dia berkebun, kelihatan mudah je.. santai, macam2 ditanamnya dan hasilnya  berbaloi juga. Dalam masa sebulan lebih dah mengeluarkan hasil.   

Mungkinkah sebab tangan orang yang menanam tu serasi (tangan sejuk orang kata), atau orangnya memang punya banyak ilmu pertanian? Ha... siapa boleh tolong jawabkan.






Timun ni menunggu masa untuk dipetik.. ishh, pandai2 je,
jangan marah ya tuan pokok timun... (kelmarin dah minta izin snap foto ni)




Alhamdulillah,  kami turut mendapat tempias rezeki,
Tengok..tak semene2 sampai ke rumah 2 biji timun segar ... 
baru dipetik dari ladang katakan.  cuti hari sabtu ni, bolehlah buat acar timun.




Jumaat, Februari 11, 2011

TAMAN BUNGA


N3 yang lalu telah disiarkan taman sayuran dan buah-buahan emak di kampung.  Kali ini saya nak siarkan pula foto bunga-bungaan dari taman emak..  Yang disiar hanya sebahagian bunga yang saya berkenan dan bersesuaian dengan selera saya .............sorry.



Bunga Raya











Keembong
 



Kemunting China



Orkid
  



Ros China 



Ros



Sepit udang  




HADIAH "GIVEAWAY"



Hadiah GA untuk julung2 kalinya telah diterima dari Pn Zie hari ini.
Ribuan terima kasih atas pemberian dan siap hantar ke pejabat lagi.
Seronok sangat...


Alhamdulillah,   شكرا,  thank you,  Xièxiè, gamsahabnida, gracias, 
terima kasih.....

hi.hi.hi...macam pandai,  action  je .



Minum petang sebagai merasmikan "tea set" -  hadiah GA.
Minum teh "O" bersama cekodok pisang
(cekodok tak sempat snap dan selesai dulu)



 Inilah gambar asal tawaran GA pn zie.




TERIMA KASIH DAUN KELADI
LAIN KALI HARAP MENANG LAGI.





Rabu, Februari 09, 2011

DOA MAKAN UBAT

Tinggal dengan nenek sewaktu kecil suatu kenangan yang indah.  Nenek ni biasanya akan mengajar atau menegur  cucu2 dengan sabar dan penuh diplomasi.

Nenek selalu bercerita ... pelbagai kisah dan pelbagai doa.  Satu doa yang melekat dalam ingatan hingga kini, ialah doa ketika makan ubat.  Setiap kali mahu makan ubat nenek akan membaca,

 doa:


TOMBO TEKO, LORO LUNGO.
MARI KERSANE ALLAH TA'ALA


Sebagai kanak-kanak...dah tentu seronok je mengikut, sambil gelak2 tanpa mengetahui makna sebenar.  Bila semakin besar dan berakal, rasa teringin tahu makna doa tu baru timbul ... nak tanya nenek, malu.. tanyalah pada mak...."apa makna doa tu?".  

Maknanya:


UBAT  DATANG, PENYAKIT HILANG.
SEMBUH KERANA ALLAH TA'ALA.


Masyaallah... begitu indah rupanya makna doa ni... Oleh itu, sampai sekarang doa ni tetap diamalkan setiap kali kami sekeluarga makan ubat... anak2 mengajuk sambil ketawa, tapi bila terlupa merekalah yang mengingatkan.  Inilah warisan ... berkat doa orang lama.

** nenek saya ni  keturunan JOWO...so doa tu dalam bahasa JAWA.  
Yang silapnya, cucu ni .. kurang  jawa sikit.




Selasa, Februari 08, 2011

HIKMAH





SUBHANALLAH.. WALHAMDULILLAH..
ASTAGHFIRULLAH.. WALLAHHUAKBAR..
SUBHANALLAH.. WALHAMDULILLAH..
ASTAGHFIRULLAH.. HASBIYALLAH..

DI TEBING KERINDUANKU
MEMANDANG HAMPA PADA DUNIA
KU HANYA ORANG  BIASA
TAK LEPAS DARI RASA KECEWA

HANYA PADA MU TEMPAT KU MENGADU
PAHIT YANG MENYIKSAKU
AKU PERCAYA TIADA YANG SIA-SIA
SEMUAKAN ADA HIKMAHNYA

SUBHANALLAH.. WALHAMDULILLAH..
ASTAGHFIRULLAH.. WALLAHHUAKBAR..
SUBHANALLAH.. WALHAMDULILLAH..
ASTAGHFIRULLAH.. HASBIYALLAH..

ALAM YANG MEMBALUT MIMPI
DULU MELUKIS NYANYIAN HATI
KU HANYA ORANG YANG KALAH
SATUKAN HATIKU YANG TERBELAH

HANYA PADA MU TEMPAT KU MENGADU
PAHIT YANG MENYIKSAKU
AKU PERCAYA TIADA YANG SIA-SIA
SEMUAKAN ADA HIKMAHNYA




Isnin, Februari 07, 2011

MELAWAT KEBUN SAYUR


Menyambung cerita balik kampung raya cina... 

Pusing keliling taman kebun emak.. tengok macam-macam tanamannya.



Bunga Kantan
kalau kat KL sekuntum RM1.00, kat kampung terbiar, kadang2 tupai yang makan.





Daun Kunyit





 Daun Kesum





Ulam Pegaga





Terung Pipit
Walaupun tidak di taman, bila dah tumbuh tu ... berguna juga.
Tumis dengan ikan bilis pun sodap!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...