Iklan

Jumaat, Jun 25, 2010

FAMILY DAY CICT





"PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN  ORGANISASI" 
Tema hari keluarga jabatan kami tahun ini.  Berlangsung di Lumut Perak pada  18 hingga 20 Jun 2010.



Jam 3.00 petang hari Jumaat 18 Jun 2010 kami bertolak dengan bas beramai-ramai ..(terkenang pergi rombongan di zaman persekolahan).... waa jauh juga pengembaraan kita kali ini ya....tapi dekat kampung saya tau...

Jam 7:00 petang sampai la ke tempat di tuju. Di sinilah tempatnya... penginapan 3 hari 2 malam. Malam ni untuk bersantai dan berehat2 je..

Pemandangan dari bilik...arah laut. Emm.. cantik!

Episod penjelajahan bermula ... pagi Sabtu  jam 8.30 pagi,  lawatan ke Pulau Pangkor.... deme naik kape ke feri ya? Kali ni tiada tolak ansur "SIAPA LAMBAT.. TINGGAL" kata penganjur.



Waa.. feri sekarang dah besar, tak le takut nak menyeberang... seronoknya!... sambil tu, apa lagi "menyoping la kita"

(terkenang dulu-dulu kita pergi... naik  bot, tetiba hujan tengah laut.. langit gelap macam terkurung  bawah tempurung... ombak kuat memukul, air masuk ke dalam bot.  Masa tu... kecut perut, hidup atau mati je dalam fikiran... "seriyau" kata orang kampung.  Tapi alhamdulillah... panjang umur lagi, selamat hingga kini).


Menikmati pandangan indah di Pulau Pangkor


Posing sementera menunggu "team building" bermula.

Acara dah bermula...staf dibahagi kepda 2 kumpulan.
Kumpulan kami menang game ni.. kerjasama yang sangat baik.. tapi kesian pada ketua kumpulan kami "En Din"... pining.. pusing-pusing.

Game kedua isi air dalam tong berluang-lubang... memang nak aniaya kita ni.
Fikir-fikir...macamana nak tadah air dalam tong berlubang2 ni...


tengok tu...ada yang sanggup masukkan ibu jari kaki menyumbat lubang tong.. jangan sampai tak boleh cabut.
Terlalu kreatif ...sampai  daun pokok bunga kami sumbat lubang ... mengakibatkan kumpulan kami KALAH.

Game ke 3.. terbahagi kepada 4 kumpulan.  Setiap satu diberi 5 belon, 2 batang straw dan sebiji telur... apa lagi, dengan peralatan yang ada..selamatkan telur supaya tidak pecah.. bila dijatukan dari atas.
Bermacam-macam idea keluar... tak kurang yang mencelok2 idea...tapi takpe.. kita tengok siapa yang kena!


Bersungguh-sungguh untuk berjaya... tapi apakan daya... telur pecah jua.

Selesai acara "team building"... anak-anak tidak dilupakan... acara santai bersama.
Kutip gula-gula untuk kanak-kanak 2-5 tahun... tengok tu, ibubapa tension nampak....anak releks.
alamak...mana satu nak dengar ni... releklah makcik.. peninglah I
yang ni..timba air laut dengan span ke


sempat juga cari guni kat sini... lompat dek lompat.

ada lagi acara jadi kongkong... 



melayan kerenak anak-anak mandi manda sebelum maghrib menjelma.
Antara hadiah yang di sediakan... ni sebahagian je.. untuk anak-anak, untuk staf ... hadiah boleh claim di office, tak larat nak bawa ke sini ... banyak sangat...ha3.
"Big Boss" yang kanan tu...Anak2 menerima hadiahHai... ni lah antara orang kuat kali ni... tongkat dagu nampak, tak makan lagi la tu....

Khamis, Jun 17, 2010

HARI KELUARGA LEK TOM 2010 DI TAMAN TASIK CYBERJAYA







13 Jun 2010 hari keluarga kami untuk kali yang ke...bertempat di Taman Tasik Cyberjaya.  Walaupun hanya 20km dari rumah.. tapi kami tak pernah lagi sampai di sini.. Ok juga tempatnya, ada taman permainan dan tempat duduk di bawah pepohon rimbun... nyaman,  cantik  dan jauh dari hiruk pikuk kota.  Cam tepi sawah lah pulak....

ACARA PERTAMA ... "MAKAN-MAKAN PAGI LA". 

"menu istimewa dari chef tersohor"
Mak.. Karipap idaman cucu2.
Me.. Nasi impet, kuah kacang, sambal kerang & air mineral....
Yang.. Nasi lemak special, tapai & air sirap.
Ana.. Kek lapis, buah-buahan, nuget 
Uza.. Meehon, teh panas 
Pak Cu.. apa ya... banyak sangat makanan ... sampai lupa... kalau ada menu tak tersenarai ...jangan marah.
(terlalu banyak makanan sampai lupa nak snap hidangan.... rugi, takde bukti)

ACARA KE DUA ....SUKANEKA.. sukan ringan tengok ya... apa jenis sukan ni

1) Kanak-kanak
Puzzle...

Pemenangnya...Harith, Fahmi, Razin, Arif dan seorang pemenang lagi dah hilang. siapa tu? Irfan... mana kau pigi da?

2) Remaja 1
Puzzle?

3) Remaja 2
Puzzle??
 iss3..malu2 teruna dara ni nak main

4) Bapak-bapak
Puzzle.
fuyooo...ganasnya main, menyeberang gitu.

5) Ibuk-ibuk
Puzzle??
.. tengoklah betapa sopannya ibu2 berlawan. 


Ni.. ada yg tak puas hati... tikus tak bertemu ekor.

6) Kanak-kanak lagi
Sedia.. kingkong 5 beradik nak beradu.

7) Acara dewasa
Acara dewasa ni ... bahaya untuk digambarkan..tak sampai hati la pulak nak paparkan fotonya...jadi gambar pun kira tiada la ya.

ACARA KE TIGA - SAMBUTAN2 YANG PATUT DI SAMBUT

- Sambutan Hari Lahir Mak (belated)
   

  - surprise.. hari lahir Pak Deng


- sambutan hari ibu                        
anak mak..sorang lagi mana?   
 Ibu n anak perempuan dpt baju sedondon tau..
 bapa n anak lelaki lain tahun la ya... tahun ni tak cukup buget.


Apahal ni... "sebelum beri baju pd mak, baik i cuba dulu..."
sorang lagi tu nak tiru bunga laboci la tu.... macam2 hal.


Pak Cu sekeluarga (Pak Cu, Cik Sal, Fahmi, Shamil n Hanif)


ACARA KE EMPAT - PENYAMPAIAN HADIAH

Masa untuk menerima hadiah.

Kenalkan... ini Syamil anak Pak Cu, manalah  mak abah tak muncul2 ni.

Sebahagian dari cucu2 .. bergambar

Tapi yang paling special ... gambar ni.. siapa punya ni, cuba teka...


ACARA TERAKHIR..
MAKAN SEMULA..BUNGKUS MEMBUNGKUS/BERTUKAR2 MENU
 ... balik perangat jelah, untuk makan malam sekali tau!

Terima kasih kepada semua kerana bekerjasama  menjayakan majlis kita.... yang datang, yang memasak, yang membeli, yang makan, yang minum dan yang main ...semuanya memeriahkan majlis kita... 

Terima kasih khusus buat  Mak  dan Pak Cu sekeluarga yang sanggup datang dari kampung.  Bukan senang nak memandu ke KL ni... lagi-lagi ke Cyberjaya ni... orang S.Kmbgn  ni pun sesat.

Penghargaan kepada penganjur, walaupun sambutan kali ini secara santai (puzzle, puzzle, puzzle lagi)...idea penjimatan yang baik (wang dan tenaga)... tetapi  tetap meriah dan menghiburkan.  Hadiah-hadiah  dari pulau tu yang paling terharu... terima kasih tak terhingga wahai pn penganjur.  

Akhir sekali sebelum balik ... bersalaman dan bermaafan sesama kita ...sekiranya ada salah  silap atau kekurangan sepanjang majlis... harap maafkanlah ya.

Semoga kita semua panjang umur, sihat dan murah rezeki agar tahun-tahun mendatang  kita dapat meneruskan tradisi sambutan hari keluarga kita.  Amin.

***  RM bulanan jangan dilupakan!!!



Rabu, Jun 16, 2010

Doa-doa mustajab

Telah menjadi kebiasaan dan kemestian, setiap pagi memandu sambil mendengar radio dan siaran kegemaran "TAZKIRAH PAGI".  Walaupun selalu tidak dapat mengikuti sepenuhnya.. maklumlah, kadang tu lambat berangkat... terlepas 5 minit siaran.. terutama cuti2 sekolah ni, jalan kurang sibuk... kita pun sibuk dulu di rumah. Suatu kekurangan sekiranya ketinggalan mendengarnya.

Awal minggu ni, Ustz Wan ada mengajar berdoa sebagaimana yang Rasulullah baca sewaktu dihina dan diludah  oleh bekas menantunya...akhirnya Allah utuskan singa membunuhnya, walaupun dikawal dan berada ditempat tinggi. 

Doa inilah yang perlu kita baca agar Allah hapuskan zionis laknatullah. Oleh kerana  semalam terlewat 5 minit, maka tertinggal mendengar doa tersebut... hampanya.

Alhamdulillah... pagi ni Ustz Wan Shohor mengumumkan bahawa doa-doa tersebut ada dicatatkan pd Facebook beliau..... syukur, sampai je terus cari doa tu... dengan rasa kesyukuran di sini saya lampirkan bersama petikan dari FB Ustaz Wan. 

"DOA 1 - SEMOGA ALLAH MENGHANCURKAN YAHUDI"

Wan Shohor Enes Ø§Ù„سلام عليكم.....mudah-mudahan Allah s.w.t sendiri yang menghancurkan golongan Yahudi. Perbanyakkan doa ini, nescaya apa yang di luar kemampuan usaha kita akan diurus sendiri oleh Allah Azza wajalla.... اللهم سلط علي اليهود كلبًا من كلابك ( Allahumma Sallit 'alal yahud Kalban Min Kila-bik ) Ya Allah...Engkau bunuhlah orang Yahudi dengan anjing-anjingMu..


"DOA 2 - MOHON SELESAIKAN  MASALAH ATAU MEMPUNYAI  HAJAT"

Wan Shohor Enes Ø§Ù„سلاو عليكم sahabat, jom kongsi doa hebat ni. Nabi baca terus dapat pertolongan Allah. Asif bin Birkhiyya baca dpt bawa takhta Balkis dari Yemen ke Palestin. Nampak macam mustahilkan...tp dgn doa ini tiada yang mustahil insyaAllah. Selesai masalah dan hajat.
يا
حي يا قيوم برحمتك أستغيث Ya Hayyu Ya Qayyuum Birahmatika Astaghis....Ya Hayyu Ya Qayyuum dgn rahmatMua aku mohon bantuanMu (pagi 40x) paling bagus.


Semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.  Amin.

Isnin, Mei 31, 2010

Skil Menaip Anda.

MAI KENGKAWAN...  berani?.. cubalah..

"TUNJUKAN SKIL MENAIP ANDA".




KLIK LINK NI...




Rabu, Mei 26, 2010

Happy Birthday Dik Man


Hari ini genap 7 tahun umur Dik Man (DM).
Dah besar anakku ni... dah 7 tahun hidup di dunia..semoga Dik Man selamat dunia akhirat.

Tahun ni DM sambut hari lahir ketika menghadapi peperiksaan, tengah minggu laktu.. jadi takde sambutan. Tapi DM dah besar, dah pandai minta macam2.. nak sambut birthday kat sekolah ngan kawan2.... aiyooo, mama tak reti lah, i'm sorry DM. Permintaan tak dapat ditunaikan. Kita tukar lain acara la ya... tunggu hari minggu, abe2 tu balik cuti sempena wesak day...than kita celebrate kat luar...ok! Nampaknya cadangan dah dipersetujui DM. Alhamdulillah. Selesai satu bab.

Kalau nak ikutkan hati, memang kita kesihan dengan anak.. kadang2 tengok kawan buat sambutan macam2, bila dia minta kita tak dpt tunaikan.. tapi keadaan tak mengizinkan. Tahun2 lepas, kita berniat nak buat sambutan.. ketika tu di tadika... mudah diurus. Malangnya cuti semesta pula.

Hari ni Ayong hadiahkan DM sebiji Kek Coklat kegemaran bersama... beriya benar Ayong mencarikannya. Tentu ada rahsia tersirat....Ayong beli ni, sebab Ayong teringat dulu kecik2 Ayong teringin sangat nak kek camni masa sambut harijadi....
Ala-la-la cian Ayong... mama pun tak ingat samada ada tunaikan permintaan tu ke tidak..

Apa2pun untuk anak2 mama... DM/Abe2/Ayong, semoga semuanya berbahagia dan menghargai dan menerima seadanya disamping terus berusaha.

Khas untuk Dik Man
"SELAMAT HARI LAHIR"
Semoga jadi anak soleh, cemerlang dunia akhirat.

Terimalah kad ucapan yang sempat mama buat petang tadi. Harap DM menyukainya.



Oh ya.. mama juga nak ucapkan "HAPPY BELATED BIRTHDAY - 17 MEI 2010" untuk BANG JOI. Jangan kecik ati ya sebab mama tak buat kad lagi utk bang Joi ... 'axceeded age limit". ha.ha.ha gulau2.

Mama  doakan "SEGALA YANG TERBAIK UNTUK MU.. DUNIA AKHIRAT".

Jumaat, Mei 14, 2010

SELAMAT HARI LAHIR EMAK


11 Mei  2010 hari selasa,  hari lahir mak yang ke 64 tahun.  Senang nak ingat tarikh lahir mak ni.. sebab negara pun meraikan   sesuatu pada tarikh ni kan...
"Semoga mak sihat, panjang umur, berbahagia dunia akhirat serta segala yang baik semuanya untuk mak".

Mak kata tahun ini mak meraikan hari lahir bersama-sama kawannya di masjid  "membaca Surah Yassin".  Kami anak2 mak takde yang dapat balik... maklumkan mak tengah minggu, anak2 mak ni semua tengah bekerja. Apa nak buat ya mak... bila dah dewasa ni, semua dengan dunia masing2.  Sesekali je dapat balik kampung jumpa mak. Telefon, seminggu sekali... kadang2 terlajak juga.

Mak ingat tak tahun lepas (2009), kita raikan hari lahir mak sama2 di kampung.  Semua anak mak balik... malam tu kita buat bbq, panggang ayam, ikan, sotong dan udang.  Makan ramai2 depan rumah.  Lepas tu kita buat acara buka hadiah... tapi mak nak juga buat karipap kesukaan cucu2 kan... kami bawa hadiah kat dapur,  masing2 bukakan hadiah untuk mak.... macam budak2 kecil anak2 mak, semua  nak tunjuk hadiah yang diberi.

Lepas tu mak potong kek... "secret recipe kek" gitu.  Tapi sebenarnya bukan mak yang potong kek tu kan, anak cucu yang menyibuk.  Tapi kami cukup bahagia sebab mak begitu spoting... layan je kami ni. Mak ingat lagi apa hadiah kita pada mak?... kita tau mak memang hargai hadiah tu kan.  Mak bawa pergi Mekah tempoh hari, pakai kat sana kan.... besar hati kita tau mak... dihargai begitu.

Dulu masa kami kecil2... mak selalu sambut hari2 istimewa secara sorok-sorok.  Bila hari istimewa mak selalu akan masak nasi, buat kerabu, rebus telur dan lauk2 lain.  Kemudian mak akan hantar rumah depan, kiri dan kanan (apa nama istilah yang mak selalu gunakan...kita dah lupa), selepas tu baru kita makan bersama2. Bila kita tanya .. mak buat sempena hari apa.. mak jawap .. "ADALAH'. Kalau mak buat camtu...seronoknya tak terkira... maklumlah jam tu, cuma mak je lah yang selalu menghargai hari2 istimewa ni... bezanya mak selalu ingat tarikh bulan islam, sedang kami sekarang ingat bulan inggeris.

Mak, kita tengok mak sekarang agak lemah... tidak seperti dulu, cergas  dan tangkas.  Jarang ada istilah nanti dalam hidup mak.  Duduk diam mak cuma waktu tidur.... itupun tidur mak macam tidur2 ayam, tidak macam kami, tidur mati. Kami pun dah semakin berumur..  Bila kami dah dewasa, berumahtangga dan punya anak, kami rasa begitu rasa bangga dan 'salute' pada mak. Bertuah kami punya mak yang bersemangat waja.

 Mak begitu kuat bekerja, mendidik pelajaran dunia akhirat, walaupun mak hanya bersekolah hingga darjah 6.  Kami yang sekolah lebih tinggi ni tak terbuat seperti yang mak dah buat.  Mak kerja guna tenaga, kederat tulang empat kerat, sedang kami hanya bekerja ... duduk je, adap komputer gini.

Mak tak mampu hantar kami ke sekolah agama, tapi mak ajar sendiri kami sembahyang, mengaji dan bab2 agama...sedang kami hantar anak sekolah agama, mengaji pun hantar pada ustazah .. kalau adapun cuma tambah2, dan pantau. Kami mengaji 7 hari seminggu, anak kami hari sekolah je... 7 ke 9 tahun kami dah khatam Quran... anak kami 11 ke 12 baru khatam.

Kami hantar anak ke kelas tambahan, tapi mak ajak kami sendiri.  Belum sekolah kami adik beradik dah pandai baca.. tak pernah  pergi tadika.  Bila  dah sekolah, tiap malam mak pantau kami buat kerja sekolah.. walaupun mak tak tau, tapi mak tetap cuba beri bantuan.

Mak ingat lagi tak...waktu kita darjah 3,  kita marah kat mak sebab salah tunjuk cara buat ilmu hisab (matematik sekarang).  "Mak, cikgu kata cara yang mak tunjuk tu salah... mak kan sekolah, kenapa mak tak tau"  kita kata pada mak.  "Ala ... mak belajar dulu, dah lama, dah lupa .. lagipun mak belajar cara lain" jawab mak bersahaja.  Ya Allah...yang maha berkuasa... sekarang ni anak kami pula berkata sedemikian pada kita ... "kenapa mama tak tau, mama tak belajar ke?" adus... pedihnya.

Mak, itu hanya sekelumit dari kenangan  sepanjang kami membesar... selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui. Apapun... mak tetap yang kami paling sayang... dan kami percaya mak juga amat sayang pada kami, walau mak tidak ucapkan sebagaimana ibu2 zaman sekarang, tapi perlakuan dan penghargaan yang mak beri pada kami, sudah cukup membuktikannya.

Mak, kami  sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteran serta  dipermudahkan segala urusan mak dunia akhirat... dan kami berharap agar mak memberi keredaan dan kemaafan kepada kami atas apa2 kesilapan dan kekurangan kami.  Semoga kita sama2 mendapat keampunan, keredaan,  kebahagiaan, keberkatan, rahmat dan nikmat dari Allah SWT.  AMIN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...