Kisah awal minggu ni, hari isnin lepas.
Student dah mula bercuti, dah habis exam katakan. Kebanyakkannya dah balik kampung. Memang sunyi bila student tak ada, berpanjangan la hingga intake baru nanti.
Petang tu jam 2 di makmal sendiri ... masyaallah mengantuknya mata, macam kena gam mata ni. Selalu tu takla camni sekali. Aku dah buat macam cara... baca buku, tengok artikal2 yang diminati, tapi semua tak menjadi.
Membetulkan kedudukan, supaya agak terlindung .... kalau terrrlelap pun takla jelas sangat. Dalam bertahan2 tu, ter... juga.
Tiba-tiba ...aku terperanjat, bingkas bangun terpinga-pinga ....terjegil mata aku ni.
Mana taknya, pintu tiba-tiba terbuka dan ada orang hitam berdiri dimuka pintu....masyaallah orang ke ni? Kerana terlalu terkejut, aku jadi gelabah...
Orng tu ketawa mengekek-ngekek... geli hati dia tengok gelagat aku.... agaknya.
"Oh.. sorry3...saya terperanjat... sebenarnya saya mengantuk tadi" kata ku.
"Sayapun minta maaf sebab tak ketuk pintu tadi.... saya datang nak kertas. Awak mengantuk sebab kenyang baru makan tengahari ya" katanya.
"ooo tak, sebenarnya saya puasa hari ni" kata ku.
Habis urusan ia keluar dengan mohon maaf berkali2. Ok.
Nak tau kenapa aku terperanjat gila? Nasib baik takde lemah jantung, kalau tak mau pengsan.
i) yang masuk tu... orang besar, kulit hitam dengan rambut berjurai2 (tocang kecil2, sebesar ibu jari, bergentel-gentel..mengurai).
ii) pintu lab tu "centre lock" dari dalam... jika di tolak akan berbunyi.. tak mungkin terbuka kecuali orang yang ada "access door". Minda pun dah set.. confident habis.. selamat di dalam.
iii) Dalam keadaan yg sangat mengantuk.. terlelap jua aku.
Sebenarnya yang datang tu international student berkulit hitam (cam negro)...
Pintu tu pula.. ada masalah semalam, so... petugas tu dah tutup "automatic lock", sebab tu pintu boleh buka dari luar... aku ni tak tau cerita..
Ni lah akibat ...mengantuk dan caya abis kat pintu auto tu... Nasib baik yang datang tu perempuan baik.
Kesimpulan: Jangan Mengantuk di Tempat Kerja......takut terkezut gilers.
Berblog kerana minat - mengisi masa terluang, menulis, membaca, menambah ilmu dan bertukar2 idea sesama e-sahabat. Baik jadikan panduan, yang tak baik jadikan sempadan. Terima kasih kepada yang menyokong, memberi dan menerima.
Ahad, Mei 02, 2010
Jumaat, April 30, 2010
Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw (Adab Jum'at)
-Shalat jum’at di syariatkan diwajibkan atas setiap muslim(Al-jum’ah :9 – Abu dawud)*yang tidak diwajibkan melaksanakan shalat jum’at, Yaitu : – Hamba sahaya – Wanita – Anak Kecil – Orang Sakit (Abu dawud)
-Untuk menghormati hari jum’at kita sebaiknya mempersiapkan sejak hari kamis seperti memotong kuku,rambut dan sebagainya.. (Bukhari)
-Dianjurkan agar memperbanyak bersiwak,memotong kuku,merapikan rambut,dan wangi wangian pada hari jum’at serta memakai pakaian yang terbaik pada hari jum’at (Bukhari-Bazzar)
-Pada shalat subuh hari jum’at, imam disunnahkan membaca surah as-sajadah di rakaat pertama dan Al-insan pada rakaat kedua.(Bukhari)
-Sebaiknya bersegera kemasjid untuk shalat jum’at, Allah menugasi dua malaikat khusus pada hari jum’at menunggu di pintu masjid untuk mencatat siapa yang lebih dahulu tiba di masjid dan yang tiba kemudian, barang siapa lebih dahulu ke masjid pada hari jum’at,berpahala lebih besar(Bukhari)
-Jangan sampai berbicara saat khutbah berlangsung, berbicara pada saat khutbah menghapuskan pahala jum’at, termasuk mengatakan “diam” kepada orang yang berbicara, hendaknya mendengarkan khutbah dengan khusyu’ walaupun tidak mengerti (Bukhari)
-Jika disebutkan nama Nabi, hendaknya bershalawat dalam hati.
Petikan dari: http://www.facebook.com/pages/indonesia/Belajar-Adab-Adab-Sunnah-Rasulullah-saw/333551552900

Rabu, April 28, 2010
Jeragat di muka...boleh hilang ke?
Lihat cermin... ada jeragat di muka. Camna boleh jadi gini ya... tanda2 penuaan atau suatu penyakit. Teringat kat kawan lama "KAK KIAH". Seawal umur 30 muka telah berjeragat. Tapi bila dia tersedar, sedaya upaya ia berusaha mengenyahkan "JERAGAT"... tak tau apa agaknya petua yang dibuat tiba2 jumpa dah cun melecun gitu. Jam tu kita muda lagi, bukan ambil kisah apa petua2 ni. Orang cakap, masuk kanan keluar kiri.
Bila muda mula beredar.. "JERAGAT" singgah kat kita pula. Mulalah teringat kak kiah punya petua, tapi kak Kiah dah pindah sekolah. Hari tu "KAK SHIDA" pula menegur... cari penawar segera. Dia kenalkan set sabun .... bagi free lagi. Dia kata, dulu dia ada jeragat, pakai sabun ni ... dah hilang. Aku pun pakai... dah bebulan pakai, kurang sikit... tapi tak hilang pun.
Mak kat kampung pun risau "asal muka kau comot je".. aduh mak, nasib baik mak cakap, senyum je lah... kalau orang lain?. Dulu mak berjeragat gak, pakai sabun cap xx.. hilang. Mak beli satu set untuk aku.. pakai, muka ku tak tahan.. kering. Eh takut rosak lak muka ku yang agak jelita ni. At last, selamat tinggal sabun xx..
Teringat waktu gi umrah beberapa tahun lepas, seorang wanita dari Mesir menegur tanda di mukaku. Yang kelakar tu, mungkin dia tak pandai berbahasa inggeris, dia bercakap dalam bahasanya beserta isyarat tangan... bila ku ulang dengan bahasa inggeris, dia mengangguk2 mengiakan..tentu dia faham inggeris, cuma tak tau nak cakap. Sebenarnya aku pun malu gak, bukan pandai sangat pun... cuma bila terdesak tu...bole laaaaa.
Wanita Mesir tersebut suruh gi famasi beli krim "____". Dia pakai, jeragat hilang. Apalagi, balik solat terus singgah famasi. Malang... bekalan dah habis, tiada rezeki nak dapat. Tahun lepas mak gi umrah, nak kirim tapi lupalah pula nama krim tu.. Allahhuakbar.. dugaan.
Wahai kawan-kawan siapa ada petua, atau tahu produk yang berkesan baik,bolehlah kongsi dengan aku ni. Rayuanku.........

Isnin, April 26, 2010
Cuti hujung minggu.
5 hari penat bekerja, apa lagi tunggu cuti hujung minggu la.. Minggu ni 2 orang anak di asrama tu tak balik, relex sikit. Macam2 perancangan, nak buat itu, buat ini dan yang paling penting nak siapkan kerja kursus yang terbengkalai..
Balik je petang jumaat tu, alamak C4 dah ada kat rumah. Eh.. kat tak balik minggu ni? "DEMAM, CIKGU SURUH BALIK".. ialah musim2 demam denggi ni, cikgu pun takut tengok budak demam.. tak boleh buat main.. kena balik boleh gi klinik.
Nampaknya perancangan dah lari sikit, nak gi klinik pula... Ingat sabtu Abe kerja, tak ramai orang di rumah, tak payah masak le. Malasnya mama ni.. rugi anak dapat mama malas cam ni.. Eh, tak selalu, sesekali je. Hari sabtu pun berlalu, apa yang di rancang tak menjadi hari ni, sambung hari ahad.
Pagi ahad, Abe tu kelam kabut je.. apasal? "C3 CALL, outing nak balik umah". Hai ada aje, camnila bila dpt sekolah dekat, tiap2 minggu nak balik. Jam 10.30 Abe balik, singgah NSK.. beli kerang, ikan keli dll. Maklum anak ramai balik. "NAH MASAK SEDAP-SEDAP". Alamak...........
Apo nak dikato.. rosak segala rancangan.
Tapi takpe... demi Abe dan anak-anak tercinta, semuanya KERANA ALLAH. SEMOGA KELUARGA SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN RAHMAT DAN NIKMAT DARI ALLAH SWT. AMIN

Jumaat, April 23, 2010
Shopping pasar Jumaat.
Hari ni hari jumaat .... rehat panjang. Rasa malas nak keluar.. dok office pun bagus, duit tak mengalir keluar.
Tapi, nak cari tudung untuk mak.. tunggu minggu depan rasa lama sangat.
"Hello kawan, mai keluar jalan-jalan cari makan".
"Ala.. keluar kang habis duit, ni musim2 gawat ni".
"Hai, kalau tak nak habis bawak sekeping je, nak jimat lagi bawa yang merah, tapi ingat jangan nak pinjam2... kita pun bawa sekeping je".
"Oklah.. kawan punya pasal.. tapi i nak tompang .. takmau drive ya".
Mula sampai belilah makanan perlu je.. beli tudung mak... tak mau tengok2 lain lagilah, takut tergoda. Tiba2 ternampak kain bergantung..alamak cantiknya, menggamit perasaan gitu.
"Mai kita tengok dulu".
"Esss.. cantiknya, tapi duit tinggal 1/2 keping je".
"U nak ke, ala kalau gi kedai nanti tah bila, tambang lagi, nak ambik je..nak pinjam ke? nah guna sekeping ni".
Amboi, baiknya kawan beri pinjam ... tolong tawar lagi. Dengan rasa tak malu kita membeli sehelai kain. Harga asal RM55.... oklah kira RM45 je kata penjual..aduh. Nak tau apa yang dibawa balik... kain, tudung, sarung bantal 3, pizza, popcorn, taufu, cekodok, sambal ikan keli, masak lemak sayur, ituje kod. Bayangkan dengan gerai yang tak seberapa banyak tu.. licin 2 keping RM50.. kalau gi shopping kompleks, tak taulah apa nak jadi. Akhirnya kamipun balik dengan riang ria tapi dompet kosong.
Janji pada diri dah diingkari.. tak payah gi jauh2 pun duit habis, tapi tak beli tak dapat pula...nilah akibat "jalan-jalan cari makan"... HOBI ke ni?

Khamis, April 22, 2010
masa pantas meninggalkan kita..
Salam.
Lama blog ni ku tinggalkan.. hampir terlupa. Rasa seperti baru menyambut tahun baru... rupanya hampir 1/3 tahun berlalu.. masyaallah lalainya manusia ini. Bak kata ibuku ... "terlalu lazat hidup di dunia, tapi manusia lupa di akhirat jauh lebih lazat ... dengan syarat cukup bekalan".
Dulu mula buka blog ni... bekobar-kobar, macam2 idea nak tulis ... sekarang ni.. surut. Inilah rupanya hati manusia, macam sungai juga rupanya. Ada masa pasang, ada waktu surut. Apapun... semoga iman kita akan sentiasa pasang dan tidak akan surut-surut.
Jumaat, November 20, 2009
Sembang-sembang
Salam.
Kadang-kadang kita ni teringin bercerita kisah-kisah silam, cerita diri... tapi bila kenang semula.. pandang kiri kanan.. tak sanggup pula nak bercerita. Maklumlah.. manusia biasa, kadang tu memang seronok mengulas apa-apa kisah yang dirasakan boleh dijadikan isu.
Ala itu pandangan ku je... yang tidak begitu berani.
Langgan:
Catatan (Atom)