Iklan

Sabtu, Januari 28, 2012

KERETA KU SAKIT LAGI

Hujung minggu lalu, cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Kami bercadang untuk bercuti lama di kampung, tapi teringat pula jemputan2 sahabat handai ....

Sabtu (21/1/2012)
- Jemputan Kahwin anak Kak Mek
- Jemputan Kahwin anak Prof Zamri

Ahad (22/1/2012)
- Jemputan Kahwin anak Kak Jah

Isnin (23/1/2012)
- Jemputan Kahwin Nur Hazwani (jauh kat Kelantan-sah tak dapat pergi)
- Jemputan Hi-tea & doa selamat rumah Kak Sah - petang

.... memenuhi jemputan itu satu tuntutan, kenalah dipertimbangkan.
Demi memenuhi undangan, akhirnya kami pun balik kampung  pada petang ahad.  Semalaman je di kampung dan tengahari isnin bertolak ke Sri Andalas Kelang pula untuk memenuhi jemputan  Kak Sah (kakak ipar).

Majlis berakhir 4.30 petang.  Tanpa menunggu waktu asar, kami terus balik kerana hari hujan. Sempat solat di rumah 'kata Abe ku'.  Masuk highway kesas, hujan semakin lebat ... tanpa sedar suasana sunyi, wiper menyapu semakin lemah...

Laaa... baru tersedar, radio dah tak berbunyi lagi, wiper semakin lemah ... semua lampu dah mati.  Sesekali kereta terenjut-enjut....eh, kenapa ni?

Sampai tol Subang .. 'touch n go'.. buka gate... tapi kereta terus diam, tak mau 'go' dah .... mati terus. Apa lagi kena tolak ke tepi le ramai-ramai.

OH, KERETA KU SAKIT LAGI RUPANYA ....
DAH 3 KALI KAU BUAT KAMI BEGINI.
MUNGKINKAH KERANA KAU DAH PENAT
KERANA KAMI BERAT SANGAT (7 ORG)
ATAUPUN KERANA KAU SUDAH TUA

APAPUN............
NANTI KITA PERGI KLINIK YA!
JUMPA DOKTOR, CARI UBAT
SUDAH TENTU RM SEBAGAI PENAWARNYA

SEMOGA KAU SIHAT WAHAI  KERETA KU
KERANA KAMI MASIH MEMERLUKAN MU ..


Dalam pada duka, kami masih bernasib baik, KERANA:
- ada 3 teruna dalam kereta, boleh tolak kereta
- mati kat tol, senang dpt pertolongan
- jalan tak busy kerana cuti raya cina
- menyimpan no. tel. kurnia insuran
- towing kurnia cepat sampai - tarik free
- adik lalu jalan yang sama, dapat kami menumpang balik ke rumah segera, sempat solat asar walaupun dipenghujung waktu.

ALHAMDULILLAH .

Oh..Y U?... Y Me? .. oh my car

Tersadai ditepian ... tol.

Tersengih-sengih ...penat jadi badang petang ni

Bantuan dah sampai ... sukanya.

Wah..bukan main gembiranya dia ... over la pulak, siap joget2, tak malunya dia.

 
Terima kasih la ya ... kerana menyelamatkan kami yang tengah terkapai-kapai ditepi highway.

Penghargaan dari kami buat para penyelamat:
- En Aznan n Pn Aisyah serta anak2
- Squad tol Kesas
- Squad tunda insuran Kurnia



Ahad, Januari 01, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

ASSALAMUALAIKUM 

SELAMAT TAHUN BARU 2012 

HARI PERTAMA HAMPIR BERLALU BEBERAPA MINIT LAGI

BARU BERKESEMPATAN MEMBERI SALAM UNTUK KALI PERTAMA DI TAHUN BARU INI.

SEMOGA SEGALANYA SELAMAT SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT.

AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...