Petang tadi, jam 4.30 petang waktu nak balik.. HU HU HU, tengok tayar angin dah kurang lagi. Ya Allah, perkara ni memang buat saya cemas. Mana tidaknya, 27km nak sampai ke rumah,
Langkah pertama pergi bengkel bas kat balai pemandu untuk pam tayar ... sampai sana pengawal kata makenik dah balik. Adus.
tayar keretaku pancit ... 'adus, fining i'
Ok,kita kena pergi pam angin kat stesyen minyak. Pam tayar... alamak, apa hal ni? makin dipam, makin hilang pula angin....tayar terus melepek tak berangin. Macamana ni???... nak tukar tayar sendiri rasa tak pandai / tak kuat....dah bertahun bawa kereta tapi tak pernah buat kerja tukar tayar ni. Kena cari pertolongan ... nampak pembantu stesyen minyak 'abang bangla'. "boleh tolong tukar tayar kereta saya?" dalam hati berdetik "rasanya dia tak tau" ... "sorry saya tak pandai, kita pam angin je lah" ... betul rupanya telahan saya tadi.
Tiba-tiba nampak sorang anak muda sedang isi minyak motor, terus tanya.
"Dik, boleh tolong tukar tayar tak?" dengan pantas adik tu datang membantu.
"Saya pernah tolong ayah tukar tayar, tapi tak taulah boleh ke tidak...saya cuba". Berpeluh-peluh dia membuatnya... rasanya kalau saya buat sendiri, tak taulah daya atau tidak saya nak membuka tayar tu, nak angkat tayar dari bonet lagi .... rasanya sakit2 tangannya memutar jak dan skru tayar tu.
Dalam pada tu sempat cerita2 sedikit. "Adik ni belajar lagi atau dah kerja?"
"Sebenarnya saya baru lepas SPM, nak sambung belajar tak dapat...saya ingat nak cari kerja. Sekarang ni kerja hantar adik pergi sekolah". Bagusnya dia, membantu ibubapa dan adik. Orangnya tinggi dan kurus seperti anak ke4 saya yang berada di tingkatan 4. Agaknya kalau saya suruh anak saya tukar tayar macam ni, boleh ke dia buat....semoga boleh juga.
kerja menukar tayar 'spare' dah selesai .. boleh pandu pulang.
Jam 5.10 petang, kerja tukar tayar dah selesai ... kelam kabut adik ni mengemaskan dan membasuh tangan. Saya bertanya berapa upah patut saya beri.... maklumlah saya pun tidak tahu berapa upah yang berpatutan. Tapi adik ni menolak upah .... "tak payah upah, saya tolong je". "Oklah, macamnilah ... ambil duit ni, kira bukan upah tapi untuk belanja minum dan untuk isi minyak motor balik, jangan tolak2 ya". Oleh kerana dah petang dan saya mengucapkan ribuan terima kasih dan masing2 terus berlalu. Bila saya toleh belakang, adik tadi dah hilang dari pandangan .... mungkin dia pun nak cepat balik, semoga ibubapanya tidak marah kerana dia lewat sampai ke rumah.
Alhamdulillah, walaupun kesusahan...tetapi saya masih dipermudahkan mendapat pertolongan. Dipermudahkan perjalanan .. kerana petang ini jalan tidak sesak sebagaimana selalunya. Alhamdulillah!
KEPADA ADIK BUDIMAN
"RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN. SEMOGA ALLAH MEMBALAS DENGAN SEGALA KEBAIKAN UNTUK MU. DIPERMUDAHKAN MENYAMBUNG PELAJARAN DAN BEKERJA. JADI ANAK SOLEH YANG BERJAYA CEMERLANG DUNIA AKHIRAT".
** maaf ... kerana kalut hingga terlupa bertanyakan namanya.
"