Iklan

Jumaat, Februari 24, 2012

TASIK KENYIR, TERENGGANU - KEINDAHAN ALAM


Assalamualaikum sahabat di maya dan selamat menyambut hari  Jumaat, penghulu segala hari.

Hari ini sekadar ingin memaparkan foto-foto keindahan alam cipataan Yang Maha Berkuasa.  Sebagai  mengagumi kebesaranNya disamping menjadikan sebagai halua mata. 

Foto kenangan sepanjang menjelajahi Tasik  Kenyir yang indah dan mendamaikan.











a






 






















Sabtu, Februari 18, 2012

UMRAH - EMAK & ADIK SEKELUARGA


Untuk sekian kalinya emak mengerjakan umrah.  Pernah sendiri, dengan kawan, dengan sepupu dan kali ini termakbul hajat pergi dengan anak sendiri.

Tapi pergi kali ini lain sedikit, selalu flight di KLIA, tapi kali ini di LCCT. Surat asal menyatakan penerbangan terus dari KLIA ke Jeddah. Sehari sebelum pergi terima paggilan dan surat penerbangan singgah di Singapura.  

Malam tadi pula  terima SMS  flight AirAsia .. LCCT le tu, yang sedihnya penerbangan ke Singapura jadual berasingan.  Emak flight jam 8:45am dan Uzah jam 11.45am.  

Jam 5:30 pagi kami keluar rumah menghantar emak, sedangkan adikku menyusul kemudian.  Kami sampai di LCCT menjelang waktu subuh...kami fikir kalau solat di surau LCCT tentu sesak.  En Abe buat keputusan berpatah balik, solat di stesen minyak Petronas selalunya ok juga.  Kami terus ke surau......ok juga, agak luas tapi pelik sikit ... KONGSI SURAU tanpa langsir pemisah.  Dah darurat, solat saja .... tawakkal.

Sempat bergambar dengan emak depan McD, waktu ni orang belum ramai lagi.

Bertemu wakil  agensi umrah sambil menunggu ahli rombongan lain, sementara tu pergi bersarapan pagi terlebih dahulu.  Makan nasi lemak dan kopi.  Sebenarnya kalau ikutkan hati .... tekak ni payah nak menelan nasi lemak tu (mengenangkan emak akan terbang sendirian) .. tapi depan emak kena tunjuk sporting dan macho, tak mau emak susah hati pula, nanti dia tak lalu makan, lagi susah.

 Apa yang sedang dibincangkan tu?

Mendengar penerangan wakil agensi

Menjelang 7.40am  emak diminta naik ke balai berlepas .. bersendirian, tiada ahli rombongan lain dan tanpa wakil agensi. Kesiannya emak kami ... nasib baik emak dah biasa pergi dan emak memang peramah, tiada masalah mendapat kawan.  Tapi memandangkan emak dah tua dan kebelakangan ni sakit-sakit kaki ... itu yang membuat kami tak senang hati.  Macamana dia nak ambil bagasi .... tapi apa nak buat. 

 Kesiannya emak terbang sendirian...moga selamat.

Kami bermaafan, berpelukan dan saling berpesan-pesan dan lepaskan emak dengan doa selamat sejahtera.

Uzah sekeluarga baru sampai ...pink sedondon.

Menjelang jam 9.00 pagi, adikku sekeluarga pun sampai.  Menemani mereka selama 30 minit sambil bercerita2  apa yang patut dan  yang terjadi.  Menjelang 9.30 pagi kami minta diri untuk balik tanpa menunggu mereka berlepas.






Comelnya Irfan dan Nurin  pakai camni.

"SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MEREKA, DAPAT MENUNAIKAN IBADAH DENGAN SEMPURNA. SELAMAT SEJAHTERA PERGI DAN BALIK".

Antara foto suasana yang dapat dirakam 
Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri




Jumaat, Februari 17, 2012


YANG SAYA BACA HARI INI 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus 


‎[6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN]

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia'. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Khamis, Februari 16, 2012

BALIK KAMPUNG NAIK BAS EKSPRESS

Sejak bulan lepas lagi emak berpesan agar aku dan adindaku (Yang) dapat meluangkan masa balik kampung untuk urusan keluarga sebelum  emak pergi menunaikan umrah pada 19 februari.

Setelah berbincang dengan Yang, kami bercadang balik kampung berdua saja (tanpa keluarga) dengan menaiki bas.  Emak terperanjat bila kami beritahu nak balik naik bas ...

EMAK BERTANYA:
- Kenapa tak bawa kereta je
- Apa gunanya ada lesen, ada kereta.
- Kenapa nak susah2 naik bas?
- Nak ke Pudu Sentral kan susah.

AKU JAWAB:
- Naik bas lebih senang mak, lebih releks... boleh pandang sana sini, kepala idokle penin.
- Memandu bagi kami sekadar untuk pergi n balik kerja atau jika terpaksa.
- Naik bas ok, boleh ke Pudu Sentral yang cantik.. mengenang zaman bujang.
- Sebenarnya anak emak ni...idok le berapa gagah nak memandu jauh2....he3

Ahad 12/2/2012 kami balik kampung, tiket jam 2:00 petang.  Kebanyakan penumpang pelajar, cuma ada beberapa orang dewasa saja termasuk kami.  Kebanyakan mereka tidur, tapi kami asyik bercerita dan makan2 .... maklumlah sesekali dapat duduk berduaan.  Kami sampai kampung jam 5:30 petang dan dijemput oleh adik bungsu kami.

Esoknya, Isnin 13/2/2012 kami ke Teluk Intan untuk menyelesaikan urusan di pejabat tanah.  Sampai di sana, pelanggan tidak le rame beno ...kebanyakan mereka  terdiri orang2 yang agak berumur.  Kami terus ke kaunter untuk mendapatkan nombor giliran dan memilih jenis perkhidmatan, tapi kaunter memberi 2 borang untuk diisi.

Emak merungut "berapa banyak borang perlu isi, haritu dah isi, ni kena isi lagi".
Oleh kerana kami tak biasa dengan urusan ni, lambat le siap.  Setelah 30 minit dan telah hampir 70% siap mengisi borang .. kami ke kaunter semula untuk bertanya sesuatu.  Tapi mereka kata kami salah isi borang.

Hah..salah? apa yang salahnya?
- Borang tidak boleh salah isi, nanti kena isi semula dan melambatkan kelulusan.
- Borang hendaklah diisi guna "ink pen" tidak boleh guna "ball pen".

Betulke ni...pelik.
- Kenapa le, masa beri borang tak beritahu mesti guna ink pen?
- Kenapa dalam borang tidak dinyatakan tidak boleh guna ball pen?
- Hai..sepanjang aku bekerja, biasanya semua borang hendaklah diisi dengan ball pen

Habis tu macammana...Hai, jam2 gini mana pula nak cari pen dakwat basah... ada jual kat sini ke?
Mereka senyum dan berkata;
"Begini puan, jika puan nak upah orang isikan borang, kami boleh tanyakan".
"Oklah tanyalah" kataku sambil menunggu.
"Maaf puan, orang disini sibuk, puan boleh pergi ke pondok kat luar sana, kat bawah payung tu.  Di sana ada perkhidmatan upah mengisi borang".

Oleh kerana kami kesuntukan masa dan perlu bersegera, maklumlah ada 2 ke 3 urusan lagi termasuk perlu balik KL petang ni juga, takut kehabisan tiket ... dan mengenangkan anak kami yang di swastakan ke rumah jiran.

Tanpa berfikir panjang kami menuju ketempat yang dimaksudkan.  Ada lebih kurang 4 payung yang memberi perkhidmatan yang dimaksukkan, Kami menuju payung yang hujung sekali dan disambut mesra.  Kebetulan ketika itu dia sedang menaip surat pelanggan ..."Dah siap .... berapa?......RM6.....Ok, terima kasih".

Setelah menerangkan tujuan dan borang kami dan memberi dokumen yang diperlukan, tugasan terus dijalankan. Mengisi borang menggunakan mesin taip zaman dulu;
- dia memang "PRO"....mamang tabiklah.
- menaip dengan pantas dan cekap
- tahu semua column perlu diisi  tanpa bertanya kami.
- siap semak dengan teliti dan beri penerangan langkah2 yang perlu dilakukan.

"Ok, dah siap....berapa? ......RM60"
- Adussssss.....biar betul........RM60....2 borang, isi dalam masa 20 minit.
Terpaksa aku menawar2, akhirnya dapat less RM10....so, bayarlah RM50.00.  Emak ku kata, datang pertama dulu emak  upah isi borang-borang semua kena bayar RM200.

Yang sedang menanti dengan sabar ...lelap mata, malu ke?

Memang perkhidmatan yang diberi memudahkan, memang bagus ....menjadi punca pendapatan orang2 pencen....langkah  terpuji.  Cuma harga tu menarik sangat...biarlah dengan harga berpatutan.


Seterusnya kami ke kaunter semula, borang dilihat dan diberi nombor giliran untuk buat bayaran sebelum proses seterusnya ...RM10 (bayar lagi) kemudian baru diarah bertemu pegawai untuk proses tandatangan ....Emak, Aku, Yang dan Adik.


"Lepas ni puan kena ke LHDN pula, kena bawa SURAT BERANAK...untuk dapat POTONGAN 50%, jika tidak, tiada potongan cukai.  Cukai pula mesti dibayar/diselesaikan  dalam tempoh 3 bulan, jika tidak puan akan diikenakan DENDA".  Aku tanya lagi "Berapa nilai denda tu?".  Jawab pegawai tu "seratus lebih juga le".   Wah....nampaknya semua urusan bersandarkan wang.  Takde wang ..takde urusan.

Tadi sebelum pergi kami dah semak surat, ada apa2 perlu dibawa..TIADA, lagipun sebelum ini, waktu hantar borang pertama dah disertakan segala dokumen...aku ni pun satu, kenapa le tak bawa je semua dokumen tu...masalah betul.

Kami ke LHDN, berurusan mudah...dan untuk mendapatkan less 50% kenalah "FAX" salinan surat beranak. Alhamdulillah menjelang jam 1:00 petang selesai semua urusan.  Kami makan dan ambil tiket balik KL jam 2:00 petang.

Sepanjang perjalanan terfikir2 dikepala ni..........banyaknya perkara jadi persoalan.
- apasal le leceh beno urusannya, takde ke cara yang lebih mudah dan efektif
- kenapalah perlu isi banyak borang berulang2
- kenapa tidak dinyatakan syarat-syarat mengisi borang
- ada tak kemudahan borang online
- kenapa mesti balik ke belakang ... guna mesin taip

- Kenapa tidak boleh isi borang dengan ball pen.....pelik sesangat
- Ink pen tu untuk tandatangan bolehlah dipercayai.
- Kenapa perkhidmatan upah isi borang tu MAHAL sangat, sampai RM50 untuk 2 borang ..harga tiket bas ekspress pergi balik pun baru RM23.40 .
- Ke aku je yang terasa mahal, sedangkan orang lain kata ok?
- Ada connection ke orang dalam dengan orang luar bawah payung ni?
- Adakah semua ini berlaku disemua pejabat tanah atau cuma di T.I  je

SIAPA NAK JAWAB SOALAN CEPUMAS AKU NI?

Patut le banyak tanah2 terbiar...payah sangat nak berurusan, ini baru peringkat anak (tiada masalah), jika sampai peringkat cucu2 atau keluarga yang bermasaalah, macamanalah........alamat terbiar la harta pusaka kita.  Kita yang biasa berurusan pejabat terasa  payah, bayangkan jika orang kampung yang dah tua dan tidak tahu membaca.

Fikir-fikirkan lah..........
Jam 5:30 petang sampai rumah ... terdampar keletihan...letih badan dan letih minda.

Ahad, Februari 12, 2012

TASIK KENYIR - AKTIVITI

Tasik Kenyir?

Biar betul kali ni office nak buat aktiviti di Tasik Kenyir. Terengganu...jauh tu, dalam hutan...hi takut, gi tasik dalam..adus ngeri. Macam-macam persepsi timbul.  Rasa teruja ada juga.

Tapi bila difikirkan semula ... apa salahnya kita cuba dulu, mana tahu menyeronokkan... bertukar angin dan suasana.  Lagipun tempat camni bukan senang nak pergi, nak pergi sendiri.... rasanya "lambat le lagi".

Tiba hari yang dijanjikan, sabtu 4 februari 2012 kami berangkat ke Tasik Kenyir.  Staf dibenarkan membawa keluarga ... so, ramai le jadinya hampir 70 orang semuanya.  Oleh kerana jauh, maka semua keluarga memilih menaiki bas, 2 buah bas dan hanya sekeluarga menaiki  kereta.

Kami bertolak jam 8 pagi.  Aku sekeluarga menaiki bas B.  Baru sampai sekerat jalan, dapat panggilan dari bas A, bas bermasalah, sukar naik bukit. ...sedangkan bas B telah jauh di depan.   Oleh kerana kita pergi bersama, susah senang kenalah tanggung bersama. Bas kami berhenti di Gambang, bersarapan sambil menunggu bas A.

Bas kami kenalah mengiringi bas A yang kurang sihat....menjelang jam 6.00 petang baru kami sampai di Tasik Kenyir setelah berjalan dengan sabar. Alhamdulillah.

SABTU - 4 FEBRUARI 2012

Perjalanan dengan bas bermula - jam 8:00 pagi



Sampai di Lake Kenyir Resort, Tasik Kenyir - jam 6:00 petang

Baru turun bas, masing2 keletihan .. sedang menunggu buggy.











Untuk menuju ke lobby, kami perlu menaiki kenderaan resort "BUGGY", kerana  jaraknya agak jauh dan keadaan muka bumi yang berbukit bukau.

naik buggy ke menuju ke lobby  











Welcome drink sambil mendengar taklimat dari pihak resort.

10 jam perjalanan, tentunya semua keletihan  "mai secawan"
.

Sampai ke tempat penginapan 



 Merehatkan diri di beranda  sambil menikmati panorama indah  mengadap tasik sambil menunggu malam menjelma.

pemandangan yang indah dan mendamaikan menjelang maghrib

Aktiviti malam ini akan bermula jam 8:00 malam, sama-sama kita nantikan apa agaknya aktivitinya... macam suspen je bunyinya... sebab semuanya masih rahsia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...